Peminat Puji Kecomelan Wajah Anak Lana Nordin Iras Suaminya

Ahmad Shah
November 9, 2016 05:17 MYT
Meskipun pelakon Lana Nordin tidak menetap di Malaysia, tetapi dia sering berkongsi foto-foto mengenai aktiviti hariannya termasuk bayi comelnya, Gia Quinn di laman sosial Instagram.
Puteri sulungnya yang kini berusia 10 bulan itu sering mendapat perhatian pengikut akaun Instagram Lana yang rata-rata memuji kecomelan wajah kacukan anaknya itu.
Kebanyakan daripada peminat Lana punya pandangan yang sama iaitu wajah anaknya itu lebih banyak mengikut iras wajah suaminya, David McKienzie atau nama Islamnya, Mohd Daud Mckinzie.
Mohd Daud Mckinzie berdarah kacukan Inggeris-Filipina.
Lana dan suaminya bernikah dengan Mohd Daud McKienzie pada 15 Mei 2015 di Hotel Palace of Golden Horses, Seri Kembangan.
Pasangan ini dilaporkan selamat menimang cahaya matanya itu pada pertengahan Januari tahun ini.
Berikut merupakan foto-foto comel yang dikongsikannya:
Teks oleh: Syafiqah Jalal
#Lana Nordin