Peminat Puji Mawar Rashid Manis Bertudung Selepas Kahwin

Syafiqah Jalal
November 21, 2017 09:20 MYT
Pelakon Mawar Rashid dipuji peminat selepas tampil dengan imej bertudung.
Mawar Rashid telah memuat naik tiga fotonya manis bertudung litup di laman Instagram (IG).
Menerusi foto tersebut dia turut memuat naik gambarnya disamping suami, Raf Yaakob.
Menurut Mawar dia dan suami hendak keluar untuk mengambil gambar kad nikah mereka.
"Pagi lovely people...Sebelum keluar dengan hubby untuk ambil gambar kad nikah, kita simpan gambar selfie satu dulu"
Namun pelakon itu telah dihujani ucapan tahniah daripada peminat yang memuji imej sopannya.
Malah rata-rata mendoakan agar Mawar terus istiqomah dengan imej berhijab.
Sementara Raf turut meninggalkan komen ke atas foto isterinya bertudung.
"Beautiful as ever" - Raf Yaakob
Mawar dan Raf bernikah pada 9 November lalu dalam majlis yang meriah di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur .
#Berhijab #Bertudung #Mawar Rashid #Berhijrah