HIBURAN
Peminat Request Showcase, Hael Husaini Kata Dalam Perancangan
Penyanyi Hael Husaini mendedahkan bahawa dia sedang merancang untuk menganjurkan sebuah showcase khas buat peminatnya dalam masa terdekat.
Menjawab pertanyaan peminat di platform X, pelantun lagu Diam itu memberi bayangan bahawa showcase tersebut mungkin akan berlangsung selepas Hari Raya tahun ini.
“Dalam perancangan, selepas raya ok?” jawabnya ringkas.
Selain itu, Hael atau nama lengkapnya Hal Husaini Razmi turut berkongsi bahawa pihaknya kini sedang meneliti beberapa tawaran daripada penganjur yang berminat untuk merealisasikan showcase berkenaan.
“Ada offer dari beberapa penganjur, team saya tengah finalise,” katanya.
Terdahulu, Hael pernah mengadakan persembahan istimewa An Evening With Hael Husaini di Nero Event Space, Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC), 1 Utama E, Bandar Utama, Petaling Jaya pada tahun 2022.
Sementara itu, pada tahun 2023, Hael sepatutnya menganjurkan sebuah konsert, namun terpaksa dibatalkan atas faktor kesihatan.
Must-Watch Video