Masa untuk Gempak Most Wanted Awards 2024! Ketahui siapa yang menang dan strim LIVE hari ini!
VIRAL

Peminat Risau Isteri Ammar Alfian Sudah Masuk Gimnasium Selepas 20 Hari Berpantang

Amri Hassan 21/08/2019 | 06:44 MYT
Kemaskini terbaharu akaun Instagram isteri pelakon Ammar Alfian, Nelissa Nezam yang berada di gimnasium meresahkan netizen.
Dalam foto terbabit, Nelissa turut menayangkan sebahagian daripada abdomen badannya yang kini sudah langsing biarpun baru 20 hari bersalin.
"Kembali seperti asal seperti tidak pernah tinggal," tulisnya bersama tanda pagar #20days dan #postpartum.
Bimbang akan kesihatan dan kesan jangka panjang, ramai yang mula menasihati Nelissa untuk berpantang terlebih dahulu dengan cara yang sewajarnya.
"Aw! Ngilunya, jaga-jaga mummy," tulis seorang pengikutnya.
"Kalau mak-mak kita mesti sudah kena bebel," tambah pengguna @asnifazlina.
Namun, perkongsian Nelissa itu turut menyuntik semangat dan inspirasi golongan wanita yang baru lepas bersalin untuk mendapatkan semula bentuk badan ideal.
"20 hari berpantang dan anda kelihatan sangat menawan berbanding kami yang masih belum bersalin. Sangat berinspirasi," tulis salah seorang pengguna.
"Aku tak beranak pun tak dapat buat perut. Masya-Allah," tambah pengguna lain pula.
Nelissa telah selamat bersalin bayi sulungnya yang diberi nama Kyro Shakur pada 31 Julai lalu.
BACA: "Baby K Is Here" - Isteri Ammar Alfian Bersalin
Pasangan Ammar dan Nelissa telah mendirikan rumah tangga pada 6 Mac 2016.
Bagaimanapun, kisah kontroversi rumah tangga pasangan itu mencuri tumpuan apabila Nelissa mendedahkan pernah dicurangi Ammar ketika dia sedang hamil enam bulan.
BACA: Isteri Dedah Kecurangan Ammar Alfian Ketika Sedang Hamil 6 Bulan?
#Ammar Alfian #Berpantang #Nelissa Nezam