Viral
Peminat Running Man Ini Tak Pernah Sangka Akan Berkahwin Dengan Lelaki Korea
Peminat rancangan popular Running Man, Nanda Putri yang berasal dari Indonesia tidak pernah menyangka akan bertemu jodoh dengan jejaka Korea.
Kisah percintaan Nanda Putri atau lebih mesra dengan panggilan Nanda ini mula menjadi viral hari ini.
Menurut Nanda, tujuannya ke negara berkenaan hanyalah untuk mempelajari Bahasa Korea di Universiti Nasional Seoul sejak pertengahan tahun 2015.
Bagaimanapun, wanita berusia 29 tahun itu bertemu jodoh dengan suaminya, Jun yang merupakan seorang Pereka Grafik pada akhir tahun 2016.
“Tak sangka tempoh perkenalan kami agak singkat dan sebenarnya pada awalnya saya tidak pernah terfikir langsung untuk berkahwin dengan Jun kerana perbezaan agama.
“Namun saya lihat dia begitu serius dengan hubungan kami dan itu membuatkan saya yakin dengan dirinya,” katanya.
Tambah Nanda lagi, Jun telah bertemu dengan keluarganya di Jakarta dan melamar dengan cara ala Indonesia.
Malah Jun juga mula mempelajari tentang Islam seminggu sekali sebelum mengambil keputusan untuk bertukar agama.
Pasangan ini kemudiannya melangsungkan pernikahan pada 27 Februari lalu.
Menariknya, pernikahan pasangan ini dilakukan dengan adat minang bercampur sentuhan Korea Selatan.
Nanda juga berkongsi momen-momen indah perkahwinannya diakaun Instagram (IG).
Menerusi foto-foto tersebut, rata-rata pengikutnya memuji keunikan gabungan tema majlis pernikahannya.
Nanda telah menyarungkan pakaian tradisonal Korea, Hanbok manakala pelaminnya direka dengan gaya Minang.
Di sini Astro Gempak kongsikan foto-foto menarik Nanda dan Jun.
Olahan: Mya Amri
Sumber: M. Viva
A post shared by Nanda Putri (@veranandaputri) on
A post shared by Nanda Putri (@veranandaputri) on
Must-Watch Video