Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Peminat Salah Orang, Jessica Simpson Terpaksa ‘Jadi’ Britney Spears

Maliah Surip
17/10/2023 15:40 MYT
Penyanyi dan pelakon Jessica Simpson berkongsi kisah lucu apabila ada peminat menyangka dirinya adalah Britney Spears.

Tidak cukup dengan itu, peminat yang menegurnya juga mahu mendapatkan tandatangan ‘Britney Spears’.

“Inilah wajah apabila anda ditegur peminat dan meminta tandatangan.

“Tapi dia mahukan tandatangan Britney Spears,” tulis Simpson pada kapsyen foto dirinya dan anak perempuan kelihatan ‘terkejut’ yang dikongsi di Instagramnya.

Menurut Simpson, kejadian tersebut berlaku pada hujung minggu lalu, lapor Entertainment Weekly.

Ironi ini bukan pertama kali peminat tersalah di antara Simpson, 43, dengan Spears, 41 tahun. Kedua-duanya sudah kerap disalah erti oleh peminat sebagai orang yang sama.

Simpson sebelum ini pernah berkongsi pengalaman disangka penyanyi Toxic itu menerusi buku tulisannya, Open Book pada tahun 2020.

Spears juga pada 2022 pernah mengakui dirinya mirip Simpson terutama jika mereka menggayakan solekan ‘pucat’.

2020 memoir Open Book, Simpson addressed their at-times adversarial friendship, including a similar mix-up that took place in front of her kids at Disney World, when a fan mistook her for Spears.

Kedua-dua selebriti ini hakikatnya membina nama dalam dunia seni pada waktu yang hampir sama iaitu sekitar tahun 90-an dan awal 2000.

#Hollywood #Britney Spears #Sama #Jessica Simpson
;