Hiburan
Peminat Samakan Suara Aisyah Aziz Persis ‘Modern Saloma’
Kemerduan suara penyanyi kelahiran Singapura, Aisyah Aziz menjadi perbualan netizen apabila ada yang mempertikaikan kenapa bakatnya masih lagi kurang mendapat perhatian oleh pendengar di Malaysia.
Malaysia, do not sleep on Aisyah Aziz. Entah mana silapnya, Aisyah masih struggle untuk membina nama dalam industry.
And how beautiful she is now with her new image. Semoga Malaysia lebih menghargai suara sebegini dan bukan bakat yang merepek di tiktok.
Credit: Jujulee7 pic.twitter.com/DpfvCj7taW— Januar Haikal (@Januarhaikal) January 26, 2024 “Malaysia, dont sleep on Aisyah Aziz. Entah apa silapnya, Aisyah masih struggle nak bina nama dalam industri.
“Semoga Malaysia lebih menghargai suara sebegini dan bukan bakat yang merepek di tiktok,” tulis seorang pengguna X menerusi hantarannya.
Berita Trending: Sarung Dres Mencolok Mata, Bella Astillah Mohon Maaf - "Lepas Ni Saya Takkan Buat Lagi"
Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata memuji Aisyah sehinggakan ada yang mengatakan bakatnya itu mirip seperti Biduanita Negara, Allahyarhamah Puan Sri Saloma.“Suara dia memang best. Sedap di dengar aku pun pelik kenapa nama dia tak berapa nak naik. Sayang suara dia kalau tak dinaikkan.
“Dia punya suara ni klasik and macam sesuai untuk soprano.
“Aku minat kot Aisyah Aziz ni, lagu Bila Entah sampai sekarang ada dalam playlist aku. She's like Modern Saloma,” tulis beberapa netizen.
Sekadar info, Aisyah yang juga merupakan adik kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz itu kini turut tampil dengan imej baharu yang berhijab.
Must-Watch Video