Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Peminat Samakan Suara Aisyah Aziz Persis ‘Modern Saloma’

Umirah Halim
27/01/2024 08:00 MYT
Kemerduan suara penyanyi kelahiran Singapura, Aisyah Aziz menjadi perbualan netizen apabila ada yang mempertikaikan kenapa bakatnya masih lagi kurang mendapat perhatian oleh pendengar di Malaysia.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Malaysia, dont sleep on Aisyah Aziz. Entah apa silapnya, Aisyah masih struggle nak bina nama dalam industri.

“Semoga Malaysia lebih menghargai suara sebegini dan bukan bakat yang merepek di tiktok,” tulis seorang pengguna X menerusi hantarannya.

Berita Trending: Sarung Dres Mencolok Mata, Bella Astillah Mohon Maaf - "Lepas Ni Saya Takkan Buat Lagi"

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata memuji Aisyah sehinggakan ada yang mengatakan bakatnya itu mirip seperti Biduanita Negara, Allahyarhamah Puan Sri Saloma.

“Suara dia memang best. Sedap di dengar aku pun pelik kenapa nama dia tak berapa nak naik. Sayang suara dia kalau tak dinaikkan.

“Dia punya suara ni klasik and macam sesuai untuk soprano.

“Aku minat kot Aisyah Aziz ni, lagu Bila Entah sampai sekarang ada dalam playlist aku. She's like Modern Saloma,” tulis beberapa netizen.

Sekadar info, Aisyah yang juga merupakan adik kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz itu kini turut tampil dengan imej baharu yang berhijab.

#Aziz #Saloma #Aisyah #Classy
;