Penyanyi popular Hollywood, Miley Cyrus mengundang persoalan di kalangan peminatnya apabila menulis kapsyen seolah memberi 'hint' dia sedang hamil.

Kenyataan itu ditulis di sebuah entri akaun Instagramnya buat tatapan umum.

"Daddy & Mommy," tulisnya ringkas.

Ekoran perkara itu, rata-rata peminatnya berteka-teki sama ada Miley telah berbadan dua.

Dalam pada itu, dalam sebuah temu bual bersama GQ Australia, suaminya, Liam Hemsworth turut memberi 'hint' mahu menimang cahaya mata.

Namun begitu, pasangan ini masih belum membuat sebarang kenyataan rasmi berkaitan hal tersebut.

Thank you @ysl @anthonyvaccarello for the custom vegan faux leather platforms! ?????? (Liam’s shoes are also vegan!)

A post shared by Miley Cyrus (@mileycyrus) on


Miley dan Liam mendirikan rumah tangga pada 23 Disember tahun lalu, mereka pernah putus cinta suatu ketika dahulu namun hubungan mereka kembali bertaut hingga ke ambang perkahwinan.

Sumber : hollywoodlife.com & Instagram Miley Cyrus