Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Peminat Sekarang Kurang Ajar & Bodoh” - Zainal Abidin

Mya Amri
04/09/2023 10:20 MYT
Penyanyi, Zainal Abidin menyelar sikap segelintir peminat selebiri tanah air masa kini yang dilabelkan sebagai kurang ajar.

Menurut Zainal, kebanyakan mereka menulis dengan tujuan menghentam tanpa memikirkan kesannya terhadap emosi orang lain.

“Peminat sekarang kurang ajar dan bodoh. Mereka selalunya memuat naik terlebih dahulu kemudian baru berfikir.

“Cubalah fikir dahulu, baru post. Kalau mereka nasihat dan tegur baik-baik, saya akan terima tetapi saya pula dihentam.

“Sehingga ada yang memanggil saya sebagai pak cik tua nak mampus, kubur dah panggil,” katanya ketika ditemui Gempak.

Dalam pada itu, Zainal Abidin juga menasihatkan golongan peminat untuk menjaga adab terutamanya dalam memberikan komen di media sosial.

“Janganlah guna bahasa kasar sebegitu. Daripada saya nak dengar nasihat, terus berubah jadi benci.

“Kita orang melayu, beragama Islam yang ada adab serta adat.

“Walaupun anda ustaz sekalipun, kalau tiada adab yang baik, saya tetap tak dapat terima,” ujarnya.

Terdahalu, Zainal sebelum ini menjadi tular dan dikecam hebat selepas menegur fesyen seorang penyanyi wanita popular.

#Zainal Abidin
;