Laman Utama
Peminat Senyum Sorang-Sorang Bila Mas Idayu Kongsi Gambar Romantis Dengan Suami
Hujung minggu lalu, penyanyi Mas Idayu melahirkan perasaan kecewa apabila ada sebuah portal yang mendakwa perkahwinan yang baru dibina bersama penerbit Muhammad Sufian Isa sedang goyah.
Menerusi kenyataan yang disiarkan di Instagram, Mas Idayu atau lebih mesra disapa Mummy menafikan sekeras-kerasnya mengenai perkara tersebut dan mengakui kehidupan rumah tangganya masih bahagia.
Tidak mahu terus terbuai dengan rasa kecewa, penyanyi lagu Robek Hatiku itu berkongsi satu hantaran yang mempamerkan gambar-gambar mesra bersama suaminya di Instagram.
“Dari dulu Mummy sangat suka posting-posting yang ceramah, yang sweet, yang hint-hint… Siapa yang suka mesti mereka akan komen: ‘Iya Mummy saya juga seperti itu Mummy’ dan tidak semestinya untuk Mummy.
“Mummy suka mendengar komen mereka yang berbagi rasa, itu saja. Buah hati terindah Mummy hanya seorang sahaja.
“Biar pun inai di jari semakin memudar, namun doa kami semoga Allah simpulkan hati kami seerat mungkin,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, ramai yang gembira melihat kebahagian Mummy, apatah lagi yang mendoakan kebahagian penyanyi itu.
“Mummy saya senyum sorang-sorang dah ni Mummy.”
“Alhamdulillah… Mummy bersatu atas izin Allah, ramai yang doa kebahagiaan Mummy, apa pun isi alam yang melanda, tetap bersatu. Moga kekal bahagia sampai syurga.”
“Begitulah sifat manusia Mummy, mereka suka menilai dari apa yang mereka lihat di media sosial saja walaupun tanpa mengetahui kisah sebenarnya. Mudahnya kalau nak menipu macam ni, sebab itu ramai yang suka buat content tipu-tipu supaya ramai percaya.”
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!