Masih adakah yang ingat kepada legenda badminton negara yang juga skuad Piala Thomas 1992 dan skuad Olimpik Malaysia Foo Kok Keong, Cheah Soon Kit, Rahman Sidek, Ong Ewe Hock, Roslin Hashim, Zakry Latif, Koo Kien Keat dan Woon Khe Wei.

Selain itu, sudah tentu kita ada Datuk Rashid Sidek, Datuk Lee Chong Wei dan jaguh badminton para Malaysia Cheah Liek Hou, yang berjaya menyumbang emas di Sukan Olimpik Tokyo 2020 baru-baru ini.

Setiap kali melihat jaguh-jaguh ini beraksi di gelanggang, debaran pasti terasa! Keringat yang mengalir dalam setiap perjuangan kekal menjadi memori.

Datuk Rashid Sidek, pernah memenangi gelaran Terbuka Malaysia selama tiga tahun berturut-turut pada tahun 1990, 1991, dan 1992.

Pada final Piala Thomas pada tahun 1992, beliau mengalahkan Ardy Wiranata untuk memberikan Malaysia mata pertama dalam kemenangan dramatik 3-2 ke atas musuh tradisi Indonesia - kejuaraan pertama yang dimenangi oleh Malaysia dalam 25 tahun, dan yang terakhir hingga hari ini.

Pada tahun 1996, Rashid mara ke final All England sebelum tewas kepada Paul-Erik Hoyer Larsen dari Denmark. Beliau mencipta sejarah apabila memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik Atlanta 1996, mengalahkan pilihan utama, Joko Suprianto dari Indonesia di suku akhir sebelum menewaskan juara dunia 1995 juga dari Indonesia, Heryanto Arbi, untuk penentuan pingat gangsa.

Setelah bersara, Rashid berkhidmat sebagai jurulatih perseorangan kebangsaan dari tahun 2003 hingga 2015.

Datuk Lee Chong Wei pernah menduduki tangga teratas dalam ranking pemain badminton lelaki perseorangan selama 199 minggu berturut-turut, iaitu pada 21 Ogos 2008 hingga 14 Jun 2012.

Beliau ialah pemain badminton Malaysia ketiga yang mencapai tangga teratas selepas Rashid Sidek dan Roslin Hashim (semenjak ranking rasmi dimulakan pada 1980-an), dan juga satu-satunya jaguh badminton Malaysia yang mempertahankan kedudukan teratasnya selama lebih dua minggu.

Beliau juga sangat dikenali diseluruh dunia kerana kehebatan dan kelicikannya di gelanggang.

Selain lelaki, kita turut memiliki jaguh badminton wanita yang tidak kurang hebatnya seperti
Chow Mei Kuan, Wong Mew Choo, Woon Khe Wei, Thinaah Muralitharan, Kisona Selvaduray, Lai Pei Jing, Lee Meng Yean, Lee Ying Ying, Lim Yin Fun, Goh Jin Wei, Goh Liu Ying, Ho Yen Mei dan Pearly Tan Koong Le.

Untuk mengembalikan nostalgia, tonton filem terbaharu di Astro First, Olympic Dream bermula 23 September ini.

Penonton pasti teruja melihat babak-babak yang dipaparkan seperti melihat perlawanan sebenar!