Peminat Terberak Dalam Seluar Tampil Minta Maaf - "Sesiapa Yang Terkena Najis Saya Boleh…
Umirah Halim
20/02/2024 03:00 MYT
20/02/2024 03:00 MYT
Kemeriahan Anugerah Muzik Hanteo 2024 bertukar menjadi ‘kecoh’ selepas salah seorang daripada peminat membuang air besar di dalam seluar ketika majlis itu berlangsung.
Menerusi laporan daripada Koreaboo, insiden itu hanya disedari selepas para penonton yang berada di bahagian berdiri terhidu bau busuk setelah mereka terlihat seorang lelaki membuang air besar di dalam seluar.
Difahamkan, najisnya tersebut turut bertaburan sehingga terkena pada pakian, kasut dan barang-barangan peminat yang berhampiran.
Bukan itu sahaja, beberapa foto yang memaparkan reaksi penyanyi dan penonton yang menekup hidung dan mulut gara-gara tidak tahan dengan bau najis itu tular di Platform X.
Susulan kekecohan tersebut, ada seorang individu tampil membuat pengakuan yang mengejutkan di Platform X.
Individu terbabit mendakwa bahawa dirinya adalah punca berlakunya kejadian tersebut dan telah membuat permohonan maaf.
"Hello. Saya adalah orang yang membuang air besar di dalam seluar di Anugerah Muzik Hanteo.
"Saya menyedari bahawa ramai orang telah menderita kerana saya semasa saya melihat melalui Twitter.
"Saya minta maaf kerana menyusahkan ramai orang. Saya akan mengingati kejadian hari ini. Saya minta maaf sekali lagi kerana merosakkan hari yang baik.
"Sesiapa yang terkena najis saya boleh mesej saya untuk tuntut duit laundry," tulisnya pada hantaran tersebut.
Setakat artikel ini ditulis, hantaran itu telah mendapat sebanyak 4.9 juta tontonan di Platform X.
Sekadar info, Anugerah Muzik Hanteo 2024 adalah anugerah untuk mengiktiraf artis dan rakaman terbaik terutamanya berdasarkan Carta Hanteo bermula dari 1 Januari hingga 31 Disember 2023.
Sumber: Koreaboo
Sumber: Koreaboo