Peminat Terharu Baca Nukilan Menyentuh Hati Ibu Untuk Acha Septriasa Yang Bakal Bersalin

Mya Amri
September 1, 2017 13:56 MYT
Ibu kepada pelakon terkenal Indonesia, Acha Septriasa telah memberikan satu nukilan menyentuh hati khas buat anaknya yang bakal bersalin tidak lama lagi.
Nukilan itu telah ditulis oleh ibunya bersempena dengan ulang tahun Acha yang ke 28 hari ini.
Acha atau nama sebenarnya Jelita Septriasa telah memuat naik nukilan berkenaan beserta satu foto kenangan yang merakamkan saat aktres itu memeluk ibunya ketika masih kecil di akaun Instagramnya hari ini.
Menurut Acha, foto tersebut telah dirakamkan di Sydney, Australia pada tahun 1989.
Coretan itu jelas menunjukkan betapa dalamnya cinta dan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya yang bakal bertarung nyawa untuk melahirkan anak tidak lama lagi.
Sementara itu, menerusi ruangan komen, para peminat meluahkan rasa sedih dan terharu sebaik sahaja membaca puisi khas tersebut.
Sama seperti ibunya, peminat juga turut mendoakakan agar Acha yang kini hamil lapan bulan sentiasa berada dalam keadaan sihat dan dipermudahkan urusan bersalin kelak.
Foto: Instagram Acha Septriasa
Teks oleh: Mya Amri
#Acha Septriasa #Pelakon Indonesia