Pelakon Indonesia, Baim Wong mengakui peminatnya terkejut selepas menyedari mereka menaiki Grab Car yang dipandunya.

"Saya melalui pengalaman yang melucukan ketika berhadapan dengan penumpang apabila mereka terkejut dan tidak menyangka bahawa saya adalah pemandu mereka.

"Selepas beberapa minit perjalanan mereka akan bertanya sama ada saya ini Baim Wong atau tidak.

"Ramai penumpang yang minta untuk bergambar dengan saya dan mereka juga merakam video untuk dimuatnaik di akaun media sosial.

"Bagi saya ia merupakan sesuatu yang menggembirakan kerana pekerjaan baru ini merupakan medium untuk saya bersosial bersama peminat," katanya.

DetikHot.com melaporkan, selain berlakon Baim kini memandu Grab Car secara sambilan.

Tambah Baim, dia akan menjadi pemandu Grab Car selama dua hingga empat jam sehari jika mempunyai masa terluang dan tidak sibuk di set pengambaran.