Laman Utama
Peminat Teruja Dengan Konsep Time Travel, Tak Sabar Nak Tonton Filem 35mm
Trailer filem 35mm arahan Syahmi Sazli baru sahaja diluncurkan. Nampaknya, ramai yang sudah tidak sabar untuk menyaksikan filem yang turut dibintangi oleh Asif Suhaimi dan Yoe Parey itu.
Antara komen-komen yang diterima termasuklah ucapan tahniah kepada karyawan-karyawan yang terlibat kerana berjaya menggarap sebuah karya yang kelihatan cukup luar biasa.
Selain itu, ada juga peminat yang tidak sabar untuk menyaksikan filem 35mm kerana ia membawakan konsep pengembaraan masa, iaitu sebuah konsep berbeza berbanding filem-filem lain.
“Padu! Can’t wait for the film.”
“Wah best ni. Tahniah anak muda.”
“Ada konsep time travel tu best.”
35mm mengisahkan tentang tiga sahabat, Syahmi, Asif, Yoe yang terperangkap dalam penggambaran ke beberapa zaman berlainan selepas membeli sebuah kamera antik. Antara zaman yang dilewati adalah pada tahun Dinasti Cina, zaman jajahan Jepun, pemerintahan British.
Setiap era yang dilewati pasti mempunyai cabaran yang perlu mereka hadapi bagi meloloskan diri. Apabila mereka berada di tahun 1997, Yoe merasa hiba kerana buat pertama kali berjumpa ibu bapanya. Namun mereka perlu kembali di tahun 2020 walau apa cara sekalipun.
Jangan lepaskan peluang untuk melanggan 35mm Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 21 Jun 2022. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.
Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak.
Must-Watch Video