Peminat Tidak Sabar Menantikan Anak Puteri Sarah

Rozaimi Zubaidi
Februari 28, 2017 11:39 MYT
Pengikut Instagram (IG) Puteri Sarah menyatakan rasa teruja dan tidak sabar mereka, menantikan kelahiran bayi pelakon tersebut dan suaminya, Syamsul Yusof.
Puteri Sarah, menerusi muatnaik di IGnya telah berkongsi beberapa keping foto yang menampakkan 'baby bump'nya.
Usia kandungan Puteri Sarah yang kini telah memasuki lapan bulan, dan dijangka melahirkan bayi sulungnya itu pada 22 April depan.
Menerusi muatnaik tersebut Puteri Sarah turut menulis kapsyen;"Family dinner officially 8 months dah and I look like a big whale beside hubby".
Setiap foto yang dikongsi oleh Puteri Sarah pasti menerima komen-komen positif dan tidak kurang juga ada yang mendoakan supaya dipermudahkan segalanya apabila tiba waktu bersalin nanti.
Selain ucapan tahniah, ada juga yang memberikan tips dan memohon supaya Puteri Sarah kerap berjalan untuk memudahkan proses bersalin nanti.
Terdahulu, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi