,
Viral

Pempengaruh Bebas Penjara, Rindu Dengar Bunyi Duit Keluar Dari Mesin ATM

Maliah Surip
25/10/2024
01:55 MYT
Pempengaruh dan juga usahawan Medina Zein dibebaskan dari penjara lebih awal selepas ditahan kerana kes penipuan beg tangan mewah dan membuat ancaman kepada seorang individu.

BERITA TRENDING: Konflik dengan Medina Zein, Irwansyah Enggan Pilih Damai

Medina ditahan pada 2022 dan dijadual keluar dari penjara tahun 2026. Namun oleh kerana berkelakuan baik, Medina Susani Daivina Zein dibebaskan dengan syarat lebih awal dari Lapas Perempuan Kelas IIA Pondok Bambu, Jakarta Timur, Indonesia pada 24 Oktober 2024.
Sebaik keluar dari penjara, Medina yang sebelum ini terkenal dengan perniagaan di bawah jenama MD Cosmetics, MD Glowing, Medina Zein Jewelry, serta percutian Medina Zein Tour and Travel memberitahu kerinduannya bebas daripada tirai besi.
Isteri kepada Lukhman Azhari itu telah pergi ke kedai serbaneka IndoMart untuk membeli makanan dan menikmati penghawa dingin.
“Dan saya rindu dengar bunyi duit keluar dari mesin ATM,” katanya teruja kepada media tempatan.

BERITA TRENDING: Kasus Dugaan Penggelapan Uang, Polisi Panggil Laudya Cynthia Bella, Irwansyah dan Medina Zein

Selain itu Medina mengaku mahu pulang berehat di rumah selepas dua tahun tidur di penjara dalam keadaan kurang selesa.
“Saya mahu tidur di atas tilam yang empuk dengan penghawa dingin kerana tidak memperolehnya sepanjang ditahan.
“Juga berehat dan makan nasi Padang sebelum bertemu orang,” katanya lagi.
Terdahulu Medina terkait kontroversi dengan beberapa rakan selebriti dan didakwa sering melakukan penipuan dalam urus niaga yang dijalankan.

BERITA TRENDING: Jalani Rehabilitasi 3 Bulan Lantaran Positif Narkoba, Medina Zain; Saya Minta Maaf

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ina Naim Nikah 8 November Dengan Mohd K?

gempak
25/10/2024
02:52 MYT
Penyanyi yang juga balu Allahyarham Suhaimi Saad iaitu Ina Naim, 40, didakwa bakal bernikah dengan lelaki pilihannya yang dikenali sebagai Mohd K pada 8 November depan.
Hiburan

Jojo Terkejut ‘Rakan-Rakan’ Lama Balas DM Sebab Duit - “Hari-Hari Post Story Tak Ada Pun…”

gempak
24/10/2024
21:55 MYT
Menurut Jojo, atau nama sebenarya Muhammad Johan Ghazali Zulfikar, dia sebelum ini tidak pernah menerima mesej daripada mereka meskipun setiap hari membuat hantaran di laman Instagram.
Hiburan

Pemain Watak Tarzan Meninggal Dunia Pada Usia 86 Tahun

gempak
24/10/2024
15:10 MYT
Pemain watak Tarzan yang cukup terkenal menerusi siri ditayang di NBC pada tahun 1960-an, Ron Ely dilaporkan meninggal dunia pada usia 86 tahun.
Viral

108 Pelanggan Keracunan Makanan Selepas Makan Ayam Tandoori Di Pengkalan Chepa, Restoran Diarah Tutup!

gempak
24/10/2024
13:20 MYT
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengarah sebuah restoran di Pengkalan Chepa ditutup berikutan pelanggan yang berkunjung ke premis tersebut didapati mengalami keracunan makanan.
Hiburan

Lock Date Ahad Ni! Jom Singgah Project Festival, Jumpa Liza Hanim, Sufian Suhaimi, Wany Hasrita & Ramai Lagi

gempak
24/10/2024
10:36 MYT
Debaran Project fest bermula Sabtu kian terasa! Acara menarik itu akan menampilkan bintang filem Kahar: Kapla High Council dan artis-artis dari program terbaik Astro seperti Project: Exit, Don Dukun, dan banyak lagi.
BorakSeeni