VIRAL
Pempengaruh Brazil Dakwa Bakal Jadi Angkasawan, Ini Jawapan NASA
Seorang pempengaruh Brazil menimbulkan kontroversi selepas mendakwa dirinya telah terpilih menjadi calon angkasawan untuk misi khas ke bulan dan planet Mars di bawah NASA.
Laysa Peixoto malah memakai jaket NASA dan bergambar dengan latar belakang menara Empire State Building di Manhattan pada 5 Jun lalu.
“Saya telah terpilih meneruskan karier sebagai seorang angkasawan dan bakal mengikuti misi khas ke bulan dan Mars. Saya kini rasmi berada dalam Kelas 2025 dan akan menjadi sebahagian daripada Titan Space projek,” tulisnya seperti dilaporkan New York Post.
Lebih daripada itu, Peixoto juga menulis: “Adalah satu penghormatan buat saya untuk menjadi wakil sulung wanita Brazil dalam penerokaan di angkasa yang tentunya akan mencipta sejarah.”
Diketahui seorang rakyat Brazil iaitu Marcos Pontes pernah mengikuti penjelajahan ke bulan pada tahun 2006 selepas berjaya menamatkan kursus angkasawan bersama NASA.
Dakwaan yang dibuat pempengaruh itu bagaimanapun pantas dinafikan oleh NASA.
“Tidak terdapat nama seperti yang didakwa wanita tersebut. Sama ada merupakam pekerja atau calon angkasawan NASA,” ujar kenyataan yang dikeluarkan NASA seperti dilaporkan Dail Mail.
Must-Watch Video