Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
BERITA

Pempengaruh Dikompaun Jual Piza Wagyu Guna MPV Mewah Tanpa Lesen

Umirah Halim 30/04/2025 | 11:28 MYT
Seorang pempengaruh media sosial yang juga usahawan dikenakan kompaun oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) selepas didapati menjalankan aktiviti menjual piza wagyu tanpa lesen menggunakan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah, kelmarin.
Memetik laporan Harian Metro, MPAJ dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan tindakan itu diambil susulan aduan berkenaan gangguan awam yang tercetus akibat kegiatan jualan tanpa kebenaran di kawasan berkenaan.
Menurut kenyataan itu lagi, kompaun telah dikeluarkan berdasarkan peruntukan di bawah Undang-Undang Kecil
MPAJ 2007 bagi memastikan keselamatan dan keselesaan masyarakat setempat sentiasa terpelihara.
"MPAJ sentiasa menyokong pembangunan usahawan tempatan sebagai pemangkin ekonomi komuniti. Namun, pematuhan kepada undang-undang dan peraturan sedia ada amat penting bagi menjamin keharmonian bersama," jelas pihak berkuasa tempatan itu.
MPAJ turut memaklumkan bahawa satu sesi perbincangan telah diatur bersama pihak berkaitan bagi mencari penyelesaian terbaik agar isu penjaja tanpa lesen tidak berulang pada masa akan datang.
Tambah mereka, usaha untuk memperkukuh kerjasama dengan komuniti akan diteruskan demi membina persekitaran yang lebih selamat, tersusun dan sejahtera untuk semua.
Sumber: Harian Metro
#Piza #Kompoun #Wagyu #mpv mewah