Pempengaruh Dinasihat Usah Buat Kandungan Jelik, Tunjuk Contoh Baik Pada Masyarakat
Tunjuk contoh baik
Pengerusi All Star Influencer (ASIA), Datuk Abd. Rahman Soltan berkata, pempengaruh seharusnya memanfaatkan kelebihan mereka untuk mengajak masyarakat ke arah lebih positif.
“Pempengaruh di bawah komuniti ASIA sentiasa dinasihatkan untuk tidak menghasilkan kandungan toksik. Mungkin content itu lawak tetapi, bila ada ‘haters’ mereka mungkin tidak dapat kawal situasi itu.
“Kami sentiasa terapkan nilai positif dan beri mereka peluang untuk turut serta dalam pelbagai program bermasyarakat anjuran ASIA. Ini penting untuk mereka sedar pengaruh dan kepentingan mereka kepada pengikut.
Libat diri dalam perniagaan demi masa depan
Dalam masa sama, beliau turut berpesan agar pempengaruh menglibatkan diri dalam dunia perniagaan sebagai langkah awal untuk meneruskan kelangsungan hidup pada masa hadapan.
“Jangan bergantung harap kepada kandungan review produk semata-mata. Satu masa nanti, lebih ramai pempengaruh muda akan hadir. Jadi siap sedia dengan perang masa depan yang lebih tersusun.
“Sebab itu kami memberi bimbingan dan sokongan kepada mana-mana pempengaruh yang mahu menceburkan diri dalam dunia perniagaan. Sekurang-kurangnya mereka sudah ada perancangan,” katanya.