Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
VIRAL

Pempengaruh Kesihatan Curi RM10 Juta Duit Usahawan, Beli Oven & TV

Maliah Surip 17/05/2025 | 08:06 MYT
Seorang pempengaruh kesihatan berdepan pertuduhan mencuri lebih RM10 juta duit milik pasangan usahawan yang menjalin kerjasama dengannya.
Bobbi Vargas atau nama sebenarnya, Bobbi Awad didakwa menyeleweng duit Grant dan Elena Cardone dengan menyalah guna empat kredit kad milik pasangan usahawan tersebut.
Penyelewengan dianggar bernilai RM8.6 juta, lapor People.
Vargas juga dipercayai telah membelanjakan sekitar RM726,000 untuk membeli produk popular, 147 bayaran diberikan kepada syarikatnya, Bodela, LLC dengan jumlah RM3.4 juta serta membayar pekerja menggunakan dana yang dibiayai Cardone, lapor pihak berkuasa tempatan, Las Vegas Metro.
Antara pihak lain yang menerima bayaran termasuk pembeli peribadi, kontraktor, pembantu rumah dan juru elektrik selain kedai atas talian seperti Net-A-Porter dan eBay.
“Melihat kepada traksaksi yang dilakukan, Awad menggunakan nama syarikat (Badela LLC) untuk kebanyakan proses pembelian yang digunakan dengan duit curi.
“Sebanyak RM1.9 juta dibelanjakan di Amazon dengan penggunaan lima kad kredit yang dimiliki oleh Cardone bermula 1 April 2021 sehingga 18 Mac 2024.
“Jumlah keseluruhan barang yang dibeli adalah sebanyak 7,400 unit termasuk televisyen 83 inci dan brick oven pizza,” isi kenyataan pihak berkuasa tempatan.
Kes pencurian wang ini pertama kali terbongkar selepas pihak American Express menghubungi Cardone selepas mengesyaki berlaku transaksi yang mencurigakan menerusi kad kredit miliknya pada Februari 2024.
Cardone mengaku sebagai bekas rakan Vargas tetapi tidak pernah memberi kebenaran menggunakan kad kredit miliknya.
Vargas berdepan 19 pertuduhan termasuk mencuci wang haram dan menggunakan kad kredit tanpa kebenaran. Dia boleh berdepan sehingga 20 tahun penjara.
#Viral #Curi #Usahawan #Duit #TV #Pempengaruh #Oven #Bobbi Awad