Pempengaruh Lelaki Tiada Adab, Pakai Jubah Tunai Umrah
Maliah Surip
20/11/2024 08:00 MYT
20/11/2024 08:00 MYT
Seorang pempengaruh Indonesia yang juga transgender menimbulkan kemarahan khalayak menerusi perlakuan biadabnya baru-baru ini.
Dikenali sebagai Isa Zega, lelaki dengan nama sebenar Sahrul itu telah memakai jubah sewaktu menunaikan umrah di tanah suci Mekah.
Tindakan tersebut dianggap biadab dan bertentangan dengan agama sementelah seorang lelaki yang menunaikan umrah diwajibkan memakai ihram.
Menerusi beberapa perkongsian di Instagram, dia antaranya dilihat memakai jubah di hadapan Masjid Nabawi sewaktu di Madinah dan tersenyum manis memakai pakaian wanita berwarna coklat dengan latar belakang Kaabah.
Malah tanpa rasa malu atau bersalah, lelaki itu berkongsi video momen dirinya menunaikan umrah sebagai seorang wanita.
“Saya juga mampu mencium Hajar Aswad,” tulis bekas pengurus artis transgender Lucinta Luna itu pada kapsyen di Instagram.
Ada dalam kalangan netizen meminta pihak berkuasa menangkap Isa kerana telah mempersendakan agama.
Dikenali sebagai Isa Zega, lelaki dengan nama sebenar Sahrul itu telah memakai jubah sewaktu menunaikan umrah di tanah suci Mekah.
Tindakan tersebut dianggap biadab dan bertentangan dengan agama sementelah seorang lelaki yang menunaikan umrah diwajibkan memakai ihram.
Menerusi beberapa perkongsian di Instagram, dia antaranya dilihat memakai jubah di hadapan Masjid Nabawi sewaktu di Madinah dan tersenyum manis memakai pakaian wanita berwarna coklat dengan latar belakang Kaabah.
Malah tanpa rasa malu atau bersalah, lelaki itu berkongsi video momen dirinya menunaikan umrah sebagai seorang wanita.
“Saya juga mampu mencium Hajar Aswad,” tulis bekas pengurus artis transgender Lucinta Luna itu pada kapsyen di Instagram.
BERITA TRENDING: Tunjuk Perubahan Positif Sepanjang Dalam Pengawasan AADK, Exists Mahu Doakan Mamat Di Tanah Suci – “Gugurkan Apa Saja Dosa...”
Isa bagaimanapun sudah mengunci akaunnya kepada peribadi selepas menerima kecaman hebat daripada netizen.Ada dalam kalangan netizen meminta pihak berkuasa menangkap Isa kerana telah mempersendakan agama.