UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Viral

Pempengaruh Malaysia Sebar Berita Palsu Boleh Dikenakan Hukuman Berat - Polis Indonesia

Gempak 07/02/2025 | 04:25 MYT

Pempengaruh Malaysia yang menghasilkan kandungan media sosial mendakwa kehilangan teman mereka di sebuah hutan di Kota Bandung, Indonesia boleh dikenakan hukuman berat oleh negara tersebut kerana menyebarkan berita palsu.

Mengikut Undang-Undang Nombor 11 Tahun 2008 berkenaan Informasi dan Transaksi Elektronik (Pasal 14), mereka yang didapati bersalah menyiar dan menyebarkan berita palsu boleh dikenakan penjara maksimum 10 tahun dan denda maksimum sebanyak RM270.75.

Menurut laporan media Indonesia, polis turut menyatakan kandungan yang dihasilkan juga tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa meskipun sudah diberi kelulusan oleh pengurus wilayah setempat.

Katanya, siaran langsung di Bukit Embah Gatur, Kota Bandung pada Ahad lalu menerusi TikTok dengan cerita sensasi ‘pempengaruh Malaysia bernama Eykaa hIlang selama 48 jam selepas membuat kandungan paranormal, ternyata hanya untuk meningkatkan jumlah tontonan dan pengikut.

“Mereka telah meminta maaf kepada polis dan membuat kenyataan bertulis serta video pengakuan bahawa perkara tersebut tidak akan diulangi.

“Mereka juga tidak sebar bahawa undang-undang Indonesia mengenakan hukuman tegas terhadap penyebar berita palsu,” ujarnya.

Terdahulu, pempengaruh media sosial bernama Eykaa dilaporkan hilang sejak tiga hari lalu di dalam hutan telah ditemukan selamat pada malam Rabu.

Gadis berusia 22 tahun itu ditemui kira-kira jam 10 malam dan penemuaanya dikongsikan menerusi penstriman langsung TikTok @Arasz.

Sementara itu, pempengaruh, Ammar Nazhan atau Ammar Nazhan Noralyadi, 29, tampil mempertahankan kebenaran kejadian tersebut dan turut menjelaskan dia diganggu perkara mistik semasa berada di sana.

Jelasnya, kejadian diganggu perakra mistik di kediaman yang dihuni adalah benar hingga membuatkan kami terpaksa berpindah ke tempat lain.

Sumber: Sinar Harian

#Berita Palsu #Ammar Nazhan #Pempengaruh Malaysia
;