gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Kris Dayanti Sambung Belajar Pada Usia 50 Tahun
SUKAN
Astro Beri Nafas Baharu Liga Malaysia 2025-2026, Tampilkan Dua 'Lagenda' Bola Sepak
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Dari Awal Sudah Berniat, Didie Shazry Serah Separuh Duit Kemenangan Kepada Kakak - “Dia Pernah Berhenti Sekolah Untuk…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

Pempengaruh Man Kulim Meninggal Dunia, Dua Minggu Selepas Kematian Ibu

Gempak
Gempak
25/12/2024
07:30 MYT
Sponsor Banner
Pempengaruh Man Kulim Meninggal Dunia, Dua Minggu Selepas Kematian Ibu
Pempengaruh media sosial yang dikenali di kawasan utara, Man Kulim 'Pening' dilaporkan meninggal dunia semalam.
Berita mengejutkan itu disampaikan rakan Allahyarham yang juga pempengaruh, Eira Aziera yang memuat naik video di laman sosial Facebook (FB) miliknya semalam (Selasa).
"Hai Asalamualaikum semua...kepada semua, Eira nak bagitau, tolong sedekahkan Al Fatihah kepada arwah Man Kulim kerana dia sudah tinggalkan kita, saya dapat info dalam pukul 6 petang tadi.
"Eira dalam perjalanan ke rumah arwah di Kulim dan jenazah akan dikebumikan, Eira tak pasti malam ini atau esok pagi dan sekarang jenazah ada di rumahnya di Kulim.
"Sesiapa yang nampak video ini, tolong sedekahkan Al Fatihah kepada arwah Man Kulim 'Pening' dan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman, Amin," katanya melalui hantaran video.
Sementara itu, adik arwah dikenali sebagai Bunga Dhia melalui hantaran di FB memaklumkan, abang sulungnya itu meninggal dunia selepas Asar petang tadi dan dijangka dikebumikan di Kuala Muda, Penaga, Seberang Perai Utara.
Menurut perkongsian di FB adik Allahyarham itu, dia memaklumkan mereka sekeluarga menerima ujian ini walaupun berat apabila baru saja kehilangan ibu mereka yang meninggal dunia pada 11 Disember lalu.
Dalam pada itu, kebanyakan netizen turut bersedih atas pemergian Allahyarham Man Kulim 'Pening' yang pernah menceriakan orang ramai dengan aksinya yang bersaja.
Warganet turut meluahkan kesedihan di laman sosial sambil mendoakan semoga segala urusan pengebumian selesai dan rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT.
Sumber: Berita Harian
Topic Berkaitan
#Meninggal Dunia
#Ibu
#Takziah
#Pempengaruh
#Man Kulim
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement