Pemuda Kerat Zakar Sendiri, Simpan Dalam Balang
Maliah Surip
13/02/2023 15:45 MYT
13/02/2023 15:45 MYT
Seorang pemuda di Kabupaten Sikka, Nusa Tenggara Timur (NTT), mengejutkan keluarga dan penduduk kampung dengan sebuah perlakuan di luar kewarasan manusia biasa.
Dikenali sebagai YDB, lelaki berusia 33 tahun tersebut telah memotong alat kelamin atau zakarnya sendiri. Selepas memotong, zakar tersebut disimpan dalam sebuah balang, lapor Detik.com.
“Selepas dipotong, dia masukkan zakarnya ke dalam sebuah balang sebelum masuk ke tandas,” ujar wakil pihak berkuasa, Iptu Muhamadong Said.
Menurutnya lagi, sewaktu pihak berkuasa tiba di lokasi, seluruh ahli keluarga lelaki tersebut ada di rumah. Selepas menggeledah untuk mencari barang bukti, mereka hanya menemui baju berlumuran darah dan parang yang dipercayai menjadi alat buat dia melakukan aksi nekad tersebut.
“Kami hanya temukan baju berdarah dan parang yang dipercayai jadi alat untuk melakukan aksi tersebut. Mungkin waktu itu dia terus meletakkan zakarnya ke dalam balang,” katanya.
Iptu memberitahu selepas melakukan aksi tersebut, YDB jatuh pengsan kerana mengalami pendarahan teruk pada bahagian kemaluannya yang telah dipotong.
Namun lelaki yang sudah mempunyai isteri itu hanya memotong bahagian pangkal zakar dan buah zakarnya masih dalam keadaan baik.
YDB diketahui memotong zakarnya kerana tertekan selepas berhadapan tuduhan mencabul seorang kanak-kakak.