gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Lelaki Jatuh Landasan LRT Cedera Parah Di Kepala
HIBURAN
"Aku M*ti Dia Tanam, Dia M*ti Aku Tanam" - Kak KM
HIBURAN
"Sebab Sebiji Epal, Saya Didenda RM1,000 Di New Zealand" - Umie Aida
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Pemuzik Ditahan Pukul Rakan Serumah, Sebatang Besi Hitam Dirampas - "Mangsa, Suspek Kerap Berselisih Faham Berpunca ..."

Gempak
Gempak
04/07/2025
06:55 MYT
Sponsor Banner
Pemuzik Ditahan Pukul Rakan Serumah, Sebatang Besi Hitam Dirampas - "Mangsa, Suspek Kerap Berselisih Faham Berpunca ..."
Seorang komposer yang juga pemain gitar ditahan polis bagi membantu siasatan kes pukul rakan serumah di Pandan Indah, Ampang baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi Isnin lalu, lelaki terbabit telah terjaga dari tidur akibat terdengar bunyi hempasan pintu bilik air.
Menurutnya, kerana tidak berpuas hati, mangsa telah keluar daripada biliknya dan menghempas pintu bilik air itu semula sebelum suspek iaitu seorang lelaki tempatan di sebelah biliknya keluar membawa batang besi dan bertindak memukulnya.
"Mangsa berusia 52 tahun telah mengalami kecederaan di tangan.
"Kejadian itu juga berlaku pertengkaran mulut sebelum suspek mengugut akan membawa kawannya untuk memukul mangsa," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Bertindak atas maklumat, Mohd Azam berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya telah menahan suspek berusia 46 tahun yang bekerja sebagai pemuzik pada Rabu.
Jelasnya, penahanan kira-kira jam 4.45 petang itu turut merampas sebatang besi berwarna hitam bagi membantu siasatan.
"Suspek tiada rekod lampau dan hasil ujian air kencing juga didapati negatif dadah," ujarnya.
Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati kejadian berpunca daripada bunyi kuat akibat pintu bilik air yang dihempas suspek.
"Mangsa dan suspek juga pernah beberapa kali berselisih faham dan bertengkar berpunca daripada masalah bunyi alat muzik yang bising dimainkan oleh suspek sehingga menyebabkan mangsa tidak dapat berehat walaupun telah ditegur berulang kali," katanya.
Katanya lagi, suspek telah dbebaskan dengan jaminan polis setelah percakapannya dirakam untuk siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.Pemuzik Ditahan Pukul Rakan Serumah, Sebatang Besi Hitam Dirampas - "Mangsa, Suspek Kerap Berselisih Faham Berpunca ..."
Seorang komposer yang juga pemain gitar ditahan polis bagi membantu siasatan kes pukul rakan serumah di Pandan Indah, Ampang baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi Isnin lalu, lelaki terbabit telah terjaga dari tidur akibat terdengar bunyi hempasan pintu bilik air.
Menurutnya, kerana tidak berpuas hati, mangsa telah keluar daripada biliknya dan menghempas pintu bilik air itu semula sebelum suspek iaitu seorang lelaki tempatan di sebelah biliknya keluar membawa batang besi dan bertindak memukulnya.
"Mangsa berusia 52 tahun telah mengalami kecederaan di tangan.
"Kejadian itu juga berlaku pertengkaran mulut sebelum suspek mengugut akan membawa kawannya untuk memukul mangsa," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Bertindak atas maklumat, Mohd Azam berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya telah menahan suspek berusia 46 tahun yang bekerja sebagai pemuzik pada Rabu.
Jelasnya, penahanan kira-kira jam 4.45 petang itu turut merampas sebatang besi berwarna hitam bagi membantu siasatan.
"Suspek tiada rekod lampau dan hasil ujian air kencing juga didapati negatif dadah," ujarnya.
Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati kejadian berpunca daripada bunyi kuat akibat pintu bilik air yang dihempas suspek.
"Mangsa dan suspek juga pernah beberapa kali berselisih faham dan bertengkar berpunca daripada masalah bunyi alat muzik yang bising dimainkan oleh suspek sehingga menyebabkan mangsa tidak dapat berehat walaupun telah ditegur berulang kali," katanya.
Katanya lagi, suspek telah dbebaskan dengan jaminan polis setelah percakapannya dirakam untuk siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Viral
#Gitaris
#Pukul
#Pemuzik
#Bising
#Ampang
#Rakan
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement