Penampakan ND Lala Di Majlis Pertunangan Shila-Ubai, Nampak Tenang Rakam Foto Keluarga
Amri Hassan
28/05/2023 01:55 MYT
28/05/2023 01:55 MYT
Kemunculan Datuk ND Lala ketika majlis pertunangan anaknya, Shila Amzah pada Sabtu seakan-akan menepis dakwaan bahawa keluarga itu sedang bergolak.
ND Lala yang hadir dengan menyarung sut berwarna coklat dilihat sempat merakamkan foto bersama-sama keluarganya termasuk isteri, Datin Fauziah Sarman yang berdiri bersebelahannya.
Tersenyum bahagia, foto terbabit yang dikongsikan oleh Syada Amzah itu turut disertai oleh beberapa ahli keluarganya yang lain.
Syada dalam hantaran di Instagram Stories itu turut melayangkan ucapan sempena hari bahagia kakaknya Shila yang baru mengikat tali pertunangan bersama kekasih, Ubai.
"Belum boleh ucap selamat datang ke keluarga kami. Kita hanya ucapkan tahniah kepada pasangan merpati dua sejoli Shila dan Ubai. Tak nak panggil abang," tulisnya berseloroh.
Sebelum ini Syada pernah menulis surat terbuka buat bapanya, selepas mendakwa tidak punyai akses untuk berhubung sesama mereka.
BACA: "Kes Ini Masih Belum Selesai ..." - Syada Amzah Nafi Ibunya Ke Mahkamah Failkan Cerai Terhadap ND Lala
BACA: "When You Choose To Leave, Again, You Didn't Choose Us" - Surat Terbuka Syada Amzah Untuk ND Lala
Untuk rekod, pada 1 April lalu, Fauziah memuat naik foto dan nama seorang wanita yang dipercayai individu perosak rumah tangganya.
Kemudian, pada 3 April, Fauziah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi difahamkan untuk tujuan memfailkan penceraian. Bagaimanapun, berita itu dinafikan Syada.
ND Lala mendirikan rumah tangga bersama Fauziah pada 1989 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Shila, 33, Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28 dan Syada.