Pelakon, Lisdawati mencuri perhatian netizen selepas tampil dengan pakaian sopan dan menutup aurat ketika menyertai program RXZ Members 7.0 yang berlangsung di Terengganu baru-baru ini.
Menerusi video yang di TikTok, Lisdawati bersama suaminya, Fauzi Nawawi berkongsi rasa syukur kerana dapat menyelesaikan tugasan di Terengganu dan menitipkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat sepanjang program tersebut berlangsung.
Advertisement
“Alhamdulillah, selesai sudah tugas kami di Terengganu Darul Iman. Kenangan manis pada RXZ members 7.0 ini. Terima kasih semua @[email protected] @Permai Hotel Kuala Terengganu.
“Salam Takziah dan Al-Fatihah kepada keluarga mangsa yang terkorban sesungguhnya hidup dan mati kita adalah ketentuan Allah,” ujarnya.
Namun apa yang menjadi bualan ialah penampilan Lisdawati yang kekal menjaga penampilan sopan dalam program permotoran yang kebiasaannya dikaitkan dengan gaya lasak dan kasual membuatkan ramai kagum.
Selain itu, netizen juga memuji cara Lisdawati menjaga aurat serta penampilannya tanpa perlu bergaya berlebihan dan menyifatkannya sebagai contoh ikon Muslimah yang versatil.
Berikut merupakan video yang dikongsi suaminya:
@theonlyfauzinawawi Alhamdulillah selesai sudah tugas kami di Trengganu Darul Iman.. kenangan manis pada RXZ members 7.0 ini. Terima kasih semua @XROOV @Dolcea.my @Permai Hotel Kuala Terengganu Salam Takziah Dan Alfatihah kpd keluarga mangsa yg terkorban sesungguhnya hidup dan mati kita adalah ketentuan Allah. #respect #rxz_members_official #viraltiktok #fypシ゚viral #teammrchen ♬ Happy Acoustic Traveling - PaperThinStudio