Penampilan Macam Goku, Rupanya ‘Mamat Cina’ Menangis Tengok Bola Jual Motor Demi Ke Doha Sokong Harimau Malaya
Maliah Surip
26/01/2024 05:55 MYT
26/01/2024 05:55 MYT
Buat rakyat Malaysia yang menonton perlawanan terakhir Harimau Malaya dalam Kumpulan E saingan Piala Asia 2023 menentang Korea Selatan pasti perasan bagaimana jurukamera merakam reaksi penonton yang memenuhi Stadium Al Janoub, Doha, malam tadi.
Berselang seli dengan reaksi 11 pemain dan ribuan penonton, ada satu rakaman wajah seorang penyokong lelaki yang sempat mencuri perhatian dan kini menjadi tular.
Reaksi tersebut memperlihatkan seorang penyokong berbangsa Cina dengan rambut perang tak kalah penampilan seperti Goku dalam Dragon Ball kelihatan sebak dan menangis sebaik Arif Aiman menjaringkan gol kedua buat negara menerusi sepakan penalti dalam perlawanan tersebut.
Rupa-rupanya ada kisah menarik di sebalik rakaman reaksi penyokong yang dikenali sebagai Derrick Gan yang berasal dari Melaka itu.
Kecoh di dalam sosial Derrick sempat membuat iklan mahu menjual motor kesayangannya demi menjadi salah seorang ekor Harimau Malaya ke Doha sebagai tanda sokongan tidak berbelah bahaginya terhadap skuad pimpinan Kim Pan Gon itu.
"Mencari dana ke Qatar! Malaysia Road to Asia! Tumpang lalu adik nak lepaskan motor demi negara tercinta..1st major tournament in Malaysia's history!
"Ade sesiape sudi tolong x? Pape roger," tulis Derrick menerusi akaun Facebooknya yang bertarikh 28 Disember 2023.
Dipercayai Derrick melepaskan motorsikal jenis Yamaha LC pada harga RM4,500 demi dana membolehkannya menjadi saksi nyata tewas dan menang Harimau Malaya di bumi Doha.
Pengorbanan dan reaksi Derrick mendapat perhatian banyak peminat dengan ada yang menyifatkan ‘lelaki sejati adalah lelaki yang menangis apabila tengok bola’.
Untuk rekod, Malaysia mengikat Korea Selatan 3 sama selepas tewas dalam dua pertarungan sebelumnya.