Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Penang Tak Ada Krisis Air, Tapi Rambut Boleh Karat" - Shuk Dikritik Tukar Imej Rambut Perang

ZULHILMI JALIL
19/02/2020 04:51 MYT
Pelawak dan pengacara, Shuk muncul dengan penampilan baharu menggayakan rambut berwarna perang menerusi sebuah program televisyen.

Shuk atau nama sebenarnya, Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 34, dilihat tampil dengan imej tersebut ketika mengendalikan program rakaman I Can See Your Voice musim ketiga yang mula disiarkan Ahad lalu.

Ekoran imej rambut perang tersebut, ruangan komen Instagram miliknya menerima pelbagai respon dalam kalangan netizen.

A post shared by Shukri Sahar (@shuk_hotfm) on


Rata-rata mengkritik penampilan yang disifatkan kurang sesuai dengan dirinya.

Bahkan ada yang beranggapan Shuk lebih elok mengekalkan imej rambut lamanya yang berwarna hitam sahaja.

"Penang tak ada krisis air, tapi rambut boleh karat.

"Shuk, rambut warna asal lagi sesuai please..

"Pakcik Sahar tahu tak rambut tu warna air karat?

"Shuk lagi kacak kalau rambut hitam.

"Pelik rambut hitam lagi okay, kenapa warnakan?

"Syuk pewarna rambut tu halal ke?," tulis sebahagian netizen dalam beberapa postingnya yang memaparkan rambut baharunya itu.



Namun ada juga dalam kalangan pengikutnya memuji perubahan imej Shuk yang disifatkan cukup berbeza dengan dirinya yang lama.

"Lawa rambut baru Shuk,

"Rambut kaw kaw smart bro,"

"Paling santai rambut tu.." tulis sebahagian pengikutnya.

Untuk rekod, Shuk sudah mengendalikan program tersebut selama tiga musim berturut-turut.

Bakat pengacara kelahiran Pulau Pinang itu dicungkil menerusi pembabitannya dalam program realiti Raja Lawak Musim Ke-5 yang juga merupakan anggota kumpulan Balas pada 2011.

#Pelawak #Shuk
;