Filem adiwira yang paling ditunggu-tunggu, 'Avengers: Endgame' bakal menemui penonton di pawagam bermula 25 April ini.

Kehangatannya semakin terasa apabila tiket bagi tayangan awal (24 April) sudah mula dijual kepada umum.


Di Amerika Syarikat, tayangan filem Avengers ke-4 itu akan bermula pada 29 April dan tiket untuk tayangan awal (26 April) filem tersebut telah dijual kembali oleh beberapa individu dan harganya mencecah ribuan ringgit!

Menerusi laman web Ebay, harga untuk hari tayangan awal ditawarkan bermula dari USD 50 (RM204) hingga USD 2,500 (RM10,000)!

Berikutan permintaan yang cukup tinggi dan penawaran yang luar biasa di Amerika Syarikat ini, kita yang berada di Malaysia patut berasa bertuah kerana dapat menonton filem itu seawal 24 April.


Filem 'Avengers: Endgame' bakal menyaksikan watak dari Marvel Cinematic Universe seperti Iron Man, Captain America, Black Widow dan ramai lagi bergabung menentang Thanos yang telah melenyapkan hampir separuh dari kehidupan yang ada di alam semesta.