Penangan 'Cendawan Ajaib'! Lelaki Kerat Zakar & Simpan Dalam Balang, Doktor Sempat Sambungkan Tapi ...
01/10/2024 20:55 MYT
Seorang lelaki yang bercuti di Austria dan makan tumbuhan dikenali sebagai ‘cendawan ajaib’, mengalami gangguan mental sehingga mendorong dia memotong zakarnya dan menyimpan organ tersebut di dalam sebuah balang dipenuhi salji.
Kerat zakar guna kapak
Menurut laporan Mail Online, lelaki berusia 37 tahun itu makan empat atau lima cendawan itu kira-kira pukul 9 malam (waktu tempatan) sebelum mengambil kapak tumpul dan mengerat zakarnya kepada beberapa bahagian.
Dia kemudian terhuyung-hayang keluar dari rumah dan seorang pejalan kaki kemudian menghulurkan bantuan dan membawanya ke hospital terdekat.
Lelaki berkenaan dibawa ke bilik pembedahan dan doktor bertindak mengawal pendarahan dan membasmi kuman kepingan zakar itu yang sebelum ini berada di dalam balang tersebut.
Beberapa bahagian yang rosak terpaksa dibuang, tetapi doktor berjaya menyambung semula zakarnya walaupun saiznya tidak sama seperti asal.
Namun, lelaki itu masih mengalami halusinasi, malah cuba keluar dari hospital selepas dia didapati menyeludup cendawan itu ke dalam bilik hospitalnya.
BERITA TRENDING: Kemelut Antara Sarah Yasmine & Aliff Aziz Berakhir, Sudah Capai Penyelesaian Cara Baik - "Kami Pernah Terlibat Dalam Pergaduhan..."
BERITA TRENDING: “Baby Tak Sabar Nak Tengok Dunia” - Eyra Hazali
BERITA TRENDING: “Mereka Cakap Dia Seorang Introvert & Tak Reti Berparti
BERITA TRENDING: Gara-Gara Paip Pecah, Letusan Najis Manusia
Dia kemudian dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi tetapi dia kembali ke wad selepas gejala psikotiknya bertambah baik selepas memakan ubat.
Sumber: Kosmo menerusi Agensi