Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Penangan Childhood Memories, Ticket Westlife Sold Out Dalam Masa 32 Jam

Mya Amri
16/04/2019 11:27 MYT
Nampaknya peminat Westlife benar-benar menunjukkan ‘taring’ mereka apabila tiket untuk menonton konsert Westlife The Twenty Tour Live in Kuala Lumpur telah habis dijual.

Penganjur, MacpiePro Sdn Bhd mengumumkan tiket tersebut telah habis dijual dalam masa 32 jam untuk kedua-dua hari konsert.

Penjualan pre-sale yang bermula sejak 13 April lalu bertempat di Atria Shopping Gallery mendapat sambutan yang menggalakkan sehingga ada yang sanggup berkampung sehari sebelum tiket dijual.

Begitu juga dengan jualan online di mana sebaik sahaja tiket mula dijual pada jam 11 pagi keesokkan harinya, peminat mula tidak putus asa melayari laman web Macpiepro dan aplikasi MMspot untuk mendapatkan tiket berkenaan.

Menurut Macpiepro, sebanyak 14,700 tiket telah pun habis dijual untuk kedua-dua hari konsert berkenaan yang bakal berlangsung pada Ogos depan.

Konsert Westlife ‘The Twenty Tour’ 2019 di Malaysia akan berlangsung selama dua hari berturut-turut pada 8 dan 9 Ogos 2019 di Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam pada jam 8.30 malam.

Untuk maklumat lanjut, layari platform media sosial MacpiePro dan Universal Music Malaysia :

Media sosial MacpiePro:
Facebook: www.facebook.com/MacpiePro , Instagram: www.instagram.com/macpiepro

Media sosial Universal Music Malaysia:
Facebook: www.facebook.com/UniversalMusicMY , Instagram: www.instagram.com/universalmusicmalaysia
#Konsert in Malaysia #Westlfe
;