HIBURAN
Penangan Drama ‘Dia Bukan Syurga’, Hazama Tak Sangka Lagu ‘Aku Bukan Narsisis’ Viral - “Saya Bermain Dengan Jiwa”
Penyanyi, Hazama kini kembali dengan sisi berbeza menerusi single terbarunya yang berjudul ‘Aku Bukan Narsisis’.
Menurut Hazama, dia tidak menyangka lagu ciptaannya bersama Farouk Roman itu terus melonjak populariti apabila dijadikan runut bunyi untuk drama bersiri, Dia Bukan Syurga.
“Aku Bukan Narsistik memang lain daripada lagu-lagu saya sebelum ini. Ia lebih ‘deep’, sangat emosional dan menuntut saya bermain dengan jiwa, bukan sekadar vokal.
“Jujurnya saya tak sangka lagu ni akan ‘meletup’. Mungkin sebab rakyat Malaysia ni suka lagu-lagu yang ada unsur ‘jiwa kacau’,” katanya.
Dalam pada itu, suami kepada pemuzik, Genervie Kam itu berkata dia bukan seorang yang narsisis, malah tidak menyukai perkataan tersebut.
“Saya bukan narsisis. Malah, saya tak suka dengan istilah itu sebab bagi saya ia negatif. Saya pun tak pasti pernah tak jumpa orang macam tu, tapi kalau ada pun, saya takkan terus melabel mereka. Mungkin dia cuma sedang melalui hari yang sukar,” ujarnya tenang.
Aku Bukan Narsisis mengangkat naratif watak lelaki bernama Tajul dalam drama Dia Bukan Syurga iaitu seorang kekasih yang sering disalah anggap, dikatakan terlalu mengawal dan mementingkan diri.
Single ‘Aku Bukan Narsisis’ kini boleh didengari di semua platform penstriman digital.