Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Penangan Drama Itaewon Class, Instagram Park Seo Joon Dah Cecah 10 Juta Pengikut

Mya Amri
20/02/2020 15:24 MYT
Pengikut laman sosial Instagram (IG) pelakon terkenal Korea, Park Seo Joon kini mencecah 10 juta.

Menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagram, Seo Joon menyatakan rasa terharu dan mengucapkan terima kasih kepada peminat yang mengikuti perkembangannya di akaun media sosial tersebut.

“Welcome to PSJ World.Thank you all,” tulisnya.

Welcome to PSJ World. Thank you all❤️

A post shared by 박서준 (@bn_sj2013) on


Difahamkan, jumlah pengikut IG Seo Joon bertambah dengan pantas selepas aktor kacak ini membintangi drama siri terbaru, Itaewon Class yang sedang ditayangkan di Netflix.

Seo Joon yang sebelum ini turut membintangi filem Parasite sebagai watak cameo ini juga telah memuat naik sebanyak 177 posting di akaun berkenaan.

Manakala posting pertamanya pula adalah pada 21 September 2017.

Terdahulu, bagi yang belum menonton, anda boleh melanggan Parasite di Astro First On Demand di www.watchod.com.
#Artis Korea #Park Seo Joon