The House musim keenam yang menampilkan bekas peragawati, Ezurin Khyra bersama lima anaknya, Tunku Amaan Khyra, Tunku Nadya Khyra, Tunku Omaan Khyra, Tunku Imaan Khyra dan Tunku Rmaan Khyra semakin mendapat sambutan dalam kalangan penonton.

Memasuki episod kelima Rabu lalu, ramai penonton memberi respon positif di media sosial terutamanya menerusi ruangan komen di akaun Instagram Ezurin (@ezurinkhyra).

Berdasarkan tinjauan Gempak, rata-rata penonton menyukai episod kelima dan tidak sabar menantikan episod seterusnya pada Rabu hadapan.

Bukan itu sahaja, ada juga penonton yang berharap agar The House musim seterusnya masih menampilkan Ezurin kerana menyukai ibu kepada lima cahaya mata ini.

"Suka episod malam ini (Rabu)," tulis @english.budgies.

"Kenapa saya rasa sedih tengok episod hari ini, apapun, we need you for second season Mama E," tulis @madetohide.

"Bestnya kalau next season masih tampilkan E!" tulis @ashraf_94.







A post shared by EZURIN KHYRA (@ezurinkhyra)


Sudah pasti semakin banyak perkara menarik menanti anda dalam episod keenam Rabu hadapan.

The House bersama Ezurin dan lima anaknya turut menampilkan rakan rapat Ezurin, Magie Abang Saufi.

Program ini bersiaran selama 10 episod menerusi Astro Ria (124) dan Ria HD (104) setiap Rabu, pukul 9 malam.

Anda juga boleh menyaksikan ulangan menerusi On Demand atau tonton semua episod yang telah ditayangkan menerusi penstriman di Astro Go.

Gempak sebagai portal rasmi pula akan membawakan video-video secara eksklusif menerusi gempak.com/thehouse.