Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Penangan Pelakon Kapla: High Council Muncul Sertai Perarakan Hari Kebangsaan, Penonton Terus Jerit 'Kapla! Kapla!'

Ernalisa
31/08/2024 07:55 MYT
Kemunculan beberapa pelakon filem Kahar: Kapla High Council semasa perarakan sambutan Hari Kebangsaan Ke 67 menarik perhatian pengunjung terutama golongan remaja wanita.

Barisan pelakon yang menyertai perarakan itu adalah Amir Ahnaf yang memegang watak sebagai Kahar, Aedy Ashraf (Beja), Sky Iskandar (Megat), Thompson Goh (Li), Khenobu (Jojo), Fazziq Muqris (Zahrin) dan Fadhli Masoot (Hakeem).


BERITA BERKAITAN : Bangmed Viral Di Sukan Olimpik! Rapat Dengan Atlet, Bidas Etika Kewartawanan | Motif Trending

BERITA BERKAITAN : Cokelat - Segitiga (Versi Akustik) | Gempak Jam Session

BERITA BERKAITAN : Bangmed Viral Di Sukan Olimpik! Rapat Dengan Atlet, Bidas Etika Kewartawanan | Motif Trending

BERITA BERKAITAN : Anding ‘Comeback’ Sebagai Wira, Sedia Takluk Pawagam! | GMW Highlights


Istimewanya, mereka yang kelihatan segak memakai t-shirt berwarna putih mengikuti perarakan Hari Kebangsaan dengan berada di atas bas KL Hop-On Hop-Off yang memaparkan karakter Keluang Man dan watak-watak dari Kahar: Kapla High Council di badan bas tersebut.

Lebih meriah lagi, sebaik sahaja mereka muncul di atas bas, kedengaran jeritan orang ramai menyebut 'Kahar! Kahar!' yang merupakan nama ikonik dalam drama premium Astro Originals, Projek High Council.

Jeritan itu juga turut mendapat perhatian para pelakon dan mereka kembali membalasnya dengan senyuman serta lambaian tangan.
Selain itu, kemunculan watak superhero ikonik Malaysia, Keluang Man juga membuatkan ramai yang teruja.

Ini menyaksikan penampilan pertama Keluang Man lakonan Nas Muammar Zar muncul bersama sut rasmi di hadpaan khalayak ramai.

Untuk rekod, Putrajaya sebelum ini menjadi lokasi sambutan Hari Kebangsaan pada tahun 2003, 2005, 2018 dan 2019.

#Pengunjung #Jerit #Kapla
;