Hiburan

Penangan Romantic Dr Teacher Kim 2, Kim Min Jae Tahu Dijodohkan Dengan So Ju Yeon

Mya Amri
27/02/2020
14:33 MYT
Pelakon drama popular Romantic Dr Teacher Kim 2, Kim Min Jae tahu dirinya dijodohkan dengan aktres So Ju Yeon.
Tidak cepat melatah, sebaliknya Min Jae melahirkan rasa terima kasih kerana peminat memberikan respon sebegitu.
“Selepas melihat respon lakonan kami, ramai yang mengusik dan mengucapkan tahniah kepada kami, tidak kurang juga yang bertanyakan tentang hubungan kami berdua.
“Tetapi apa pun saya berterima kasih kepada mereka yang memberikan respon sebegitu, ini bermakna lakonan kami berdua berkesan sehingga memberikan impak kepada penonton. So Ju Yeon sememangnya seorang pasangan pelakon yang baik,” ujarnya.
Tambah Min Jae lagi, dia dan pasangan pelakonnya itu hanyalah sekadar kawan baik.
“Kami berdua hanya kawan baik. Sebenarnya tujuan foto itu diambil adalah untuk menggalakan peminat menonton drama tersebut.
“Jadi kami hanya mengambil gambar seperti biasa sambil berbincang untuk memuat naik foto apa (bagi tujuan promosi) setiap minggu,” jelasnya.
Terdahulu, Min Jae dan Ju Yeon menarik perhatian peminat selepas memuat naik foto mesra yang menampakkan mereka seperti pasangan bercinta.
Tambahan pula lakonan mereka menerusi drama tersebut membuatkan ramai yang menyukai keserasian pasangan ini.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Sumber: Soompi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Oppa Handsome Lee Joon Gi Nak Datang Malaysia 22 September Depan! Ini Harga Tiket Serta Tawaran Eksklusif Yang Diberikan

gempak
21/07/2024
05:50 MYT
Pelakon popular Korea Lee Joon Gi bakal mengadakan pertemuan pertamanya bersama peminat di Malaysia pada September depan.
Hiburan

Lee Hyori Serik Buat Prosedur Kecantikan: “Botox Buat Saya Tidak Boleh Senyum”

gempak
05/07/2024
14:55 MYT
Bukan satu hal yang asing buat para selebriti Korea Selatan melakukan pembedahan plastik. Malah ramai dalam kalangan mereka yang mengaku pernah mencuba sekurang-kurangnya melakukan Botox.
Hiburan

BTS Jin Jadi Pembawa Obor Wakili Korea Selatan Di Olimpik 2024

gempak
02/07/2024
13:23 MYT
Populariti Jin BTS bukan hanya untuk industri hiburan K Pop tetapi juga digunakan dengan baik oleh Korea Selatan apabila dilaporkan bakal menjadi pembawa obor di temasya Olimpik 2024.
Hiburan

Tampil Dengan Persembahan Hebat Di Coachella, LE SSERAFIM Tular Dikritik Kerana Prestasi Vokal Kurang Memuaskan

gempak
15/04/2024
15:00 MYT
Vokal LE SSERAFIM jadi perhatian.
Artis Korea

Dua Minggu Umum Bercinta, Han So Hee & Ryu Joon Yeol Putuskan Hubungan

gempak
30/03/2024
16:00 MYT
Sekejap je bercinta.