Drama popular, Syurga Itu Bukan Mudah yang menampilkan gandingan pertama Anna Jobling dan Amir Ahnaf sebagai watak utama sudah pun melabuhkan tirainya semalam.

Susulan itu, Anna yang melakonkan watak sebagai Aileen menzahirkan rasa syukur dan berpuas hati naskhah lakonannya diterima baik oleh peminat.

“Alhamdulillah Anna rasa semua pelakon yang terlibat telah buat yang terbaik untuk projek ini. Jadi, saya sangat puas hati.

“Ada juga yang pada awalnya tak nak tengok drama ini, tapi bila dah mula tonton, mereka macam ‘wow’! Sebenarnya, drama ini lain daripada yang lain,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu Anna turut berkongsi yang drama ini juga telah meningkatkan kualiti lakonannya.

“Drama ini memang membantu Anna untuk set the standards bagi lakonan Anna.

“Disebabkan pengarah kita, Kak Eyra Rahman, dia pun jaga lakonan Anna dan dia beri nasihat dan guidance buat Anna untuk drama ini,” ujarnya lagi.

Berita Trending: Netizen Bosan Tengok Anna Jobling Selalu Dapat Berlakon Watak Utama? Ini Respons Tuan Empunya…


Melihat komen yang diterima di laman sosial, rata-rata peminat juga memberikan pujian terhadap chemistry yang ditunjukkan mereka berdua.

Antara komen yang diterima:

“Good chemistry and energy from both of you! that's why watak korang hidup and improve. Good job korang.

“Tahniah buat semua yang terlibat, each of you berjaya bawa watak dengan baik sekali, tiada siapa yang limelight pelakon lain, chemistry yang baik buat semua watak.

Drama arahan Eyra Rahman ini turut dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat yang lain seperti Fadhli Masoot, Alya Iman, Dynas Mokhtar,Dian P. Ramlee dan ramai lagi.