Laman Utama
Penantian 45 Tahun Berakhir! Aaron Chia, Soh Wooi Yik Juara Dunia Beregu Badminton Lelaki 2022
Beregu lelaki No. 1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik melakar sejarah apabila memecah penantian 45 tahun untuk menjadi juara di Kejohanan Badminton Dunia.
Aaron dan Wooi Yik, menewaskan pasangan dari Indonesia, Mohd Ahsan, Hendra Setiawan pada final yang berlangsung di Gimnasium Metropolitan Tokyo, Jepun.
Kemenangan mereka disifatkan sebagai ‘hadiah terhebat’ sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan Malaysia kali ke 65 yanga akan disambut pada 31 Ogos 2022 ini.
Gelaran juara ini juga menjadikan pasangan beregu nombor 6 dunia ini pemain pertama Malaysia memenangi kejuaraan dunia (semua acara).
Aaron,25, dan Wooi Yik, 27, dilihat mengalirkan air mata gembira dengan kejayaan tersebut selepas menumpaskan pasangan veteran republik tersebut dengan 21-19 dan 21-14.
Jurulatih pasangan ini, Rexy juga dilihat melutut dan menangis dengan pencapaian hebat anak buatnya, apalagi mengenangkan Aaron dan Wooi Yik melalui latihan yang cukup intens untuk berada di puncak.
Must-Watch Video