Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

“Penat Kita Yang Rancang Kita Yang Terkejut” - Diana Rafar

Mya Amri 10/03/2021 | 02:45 MYT
Pelakon Diana Rafar membuat kejutan istimewa sempena ulang tahun kelahiran suaminya, aktor Zamarul Hisham.
Bagaimanapun lain pula jadinya apabila dia sendiri yang menerima kejutan terlebih dahulu kerana suaminya telah bersedia lebih awal.
Diana berkongsi momen itu menerusi posting terbaharu di akaun Instagram miliknya.
“Tahulah dia pelakon memang pandai baca bila orang nak menipu.
“Penat kita rancang tiba-tiba kita yang terkejut dia tau.
“Dia siap nyanyi happy birthday dari luar pagar. Anyway papa, we love you more and forever.
“Moga Allah sentiasa lindungi papa dunia akhirat, sihat selamat berjaya,” coretnya.

A post shared by Diana Rafar (@dianarafar)

Diana dan Zamarul telah mendirikan rumah tangga pada 16 Mei 2009.
Hasil perkahwinan tersebut pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata.
#Zamarul Hisham #Diana Rafar
;