Laman Utama

“Penat Tau Nak Hafal, Tak Mau Repeat Paper” - Pelajar Kecewa Soalan Sejarah Kertas 2 Dikatakan Bocor!

gempak
Hanafis Haris
25/02/2021
05:20 MYT
Sponsor Banner
“Penat Tau Nak Hafal, Tak Mau Repeat Paper” - Pelajar Kecewa Soalan Sejarah Kertas 2 Dikatakan Bocor!

Semalam negara dikejutkan dengan dakwaan mengatakan soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 bagi Kertas 2 subjek Sejarah telah bocor.

Memetik laporan The Star, topik bagi soalan kertas berkenaan dikatakan tersebar di aplikasi WhatsApp sebelum calon menduduki peperiksaan subjek berkenaan jam 10 pagi semalam.

Laporan itu mendakwa, antara topik bocor yang tersebar adalah topik berkaitan 'Penentangan di Perak', 'Maritim' dan 'Wawasan 2020'.

Perkara itu bukan hanya menimbulkan rasa bimbang orang ramai, malah telah mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan calon.

Menerusi pemantau Gempak di Twitter, ada beberapa calon meluahkan rasa kecewa mereka berhubung isu tersebut.

Paling terkesan, tentunya pelajar yang telah berusaha siang dan malam untuk subjek berkenaan.

“Saya tak letak sepenuhnya usaha belajar subjek sejarah kalau untuk soalan itu bocor. Yes aku kecewa, tak mau repeat paper”

“Setiap tahun mesti ada soalan bocor, boleh tak jangan normalkan benda alah ni, kesian pelajar study 24 jam”

“Aduh bocor ke, so macam mana ni” tulis beberapa calon.

Difahamkan, subjek Sejarah yang merangkumi Kertas 1 dan Kertas 2 adalah salah satu subjek teras yang perlu diambil oleh lebih 401,000 calon SPM tahun ini.

Sehingga artikel ini ditulis, masih tiada maklum balas dan reaksi daripada Kementerian Pendidikan mengenai dakwaan berkenaan.

Nota: Gambar sekadar hiasan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024