Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

“Penat Tu Hilang Lepas Tengok Telatah Mereka” - Syahmi Kongsi Kisah Lucu Hasilkan Mael Totey The Movie

Hanafis Haris
27/10/2020 06:57 MYT

Pengarah dan penerbit Mael Totey The Movie (MTTM), Syahmi Sazli berkongsi kisah melucukan apabila terpaksa memujuk beberapa pelakon utama filem tersebut untuk menjayakan satu babak penting.

Menurut Syahmi, semua sedia maklum mengenai kekurangan sebahagian pelakon utama filem ini yang terdiri daripada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU).

“Jadi ada ketikanya agak sukar untuk memujuk mereka melakukan sebahagian babak sekali gus mendapat shot yang terbaik.

“Antara yang paling mencabar adalah ketika saya dan empat orang lagi semuanya ada dalam satu babak.

“Jadi bayangkan bagaimana saya nak mengarah, bila nak belakon lepas tu terpaksa pujuk mereka. 

“Ye lah, mana boleh lama-lama panas, kita pun kena faham mereka. Lagi pun mereka boleh dengan saya je, kena saya juga pujuk.

“Sebab itu ada masa memang kita rehat dulu kemudian shot balik,” katanya.

Jelasnya, biarpun sedikit penat, namun dia tidak kisah kerana semua itu sebahagian daripada pengalaman berharga dalam menghasilkan MTTM.

“Letih tu memang letih, siapa yang tak letih bila nak kawal semua. Tapi penat saya tu hilang bila tengok wajah-wajah mereka.

“Tengok telatah empat orang tu, nak marah pun tak jadi marah,” katanya ketika dihubungi Gempak, baru-baru ini.

BACA: Pecah Rekod! Mael Totey The Movie Raih RM2.56 Juta Lepas 4 Hari Tayangan, Berjaya Kalahkan Filem...

BACA: Gempak Review: Lawak Sponton, Sindiran Halus & Memartabatkan OKU, Filem Mael Totey The Movie Cukup ‘Mahal’

Untuk rekod, MTTM yang mengangkat genre drama komedi ini mengisahkan seorang pemuda lurus bendul, Mael yang berusaha pelajari Bahasa Inggeris demi memenuhi syarat gadis idamannya, Yaya. 

Tetapi Mael bertemu cinta sejatinya bersama cikgu Bahasa Inggeris yang mengajarnya. Konflik antara Mael, cikgu dan Yaya diselesaikan oleh empat budak istimewa, Asif, Yoe, Yatin dan Bedul. 

MTTM turut membariskan selebriti YouTube Yoe Parey, Asif Suhaimi, Emaleen Minhad, Aween Ismail, penyampai radio GEGAR, Ewan, serta pelakon tanah air seperti Hushairi Hussain, Daler Yusof, Aznah Hamid, Kamarool Yusoff dan ramai lagi.

Jangan lepaskan peluang untuk saksikan filem MTTM yang kini berada di pawagam rumah anda, Astro First, untuk melanggan sila ke saluran 480. 

Anda juga boleh strim MTTM di Astro Go atau On Demand. 

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. 

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.

#Viral #Viral #MaelTotey #MTTM