Penata Gaya Dakwa Pengurus Songlap Duit, Nadeera Zaini Buat Laporan Polis!
Amri Hassan
30/09/2023 08:50 MYT
30/09/2023 08:50 MYT
Juara Big Stage musim kelima, Nadeera Zaini tampil membuat laporan polis pada Jumaat terhadap seorang penata gaya ekoran mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya dan pengurus, Zizi Hadid.
Dalam kenyataan yang dikeluarkannya, Nadeera memberitahu pihaknya sedang meneliti sebarang unsur ugutan dan bakal mengambil tindakan saman sekiranya masih berlarutan.
"Saya mengambil serius isu fitnah yang mendakwa saya diperlakukan secara tidak profesional oleh pihak pengurus. Atas nasihat peguam satu laporan polis telah dibuat.
"Saya dan pihak pengurusan Woodwind Records sedang meneliti semua perkara yang dimuat naik dan bersedia mengambil tindakan undang-undang sekiranya terdapat unsur ugutan dan fitnah.
"Saya dan pengurus tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya perkara ini berlanjutan," ujarnya.
Difahamkan, isu terbabit timbul apabila seorang penata gaya Zizi pecah amanah dan melarikan duit bayaran persembahan.
Tegas Nadeera lagi, mereka bekerja secara profesional dan isu yang dibangkitkan tidak pernah berlaku.
"Tuduhan dilemparkan terhadap pengurus saya seolah-olah dia telah melarikan duit bayaran persembahan dan tuduhan lain juga menggambarkan saya sebagai mangsa.
"Penglibatan saya dalam industri seni di bawah seliaan pengurus saya adalah secara profesional. Tidak pernah langsung timbul masalah berkaitan kewangan dan profesionalisme," jelasnya.
Sehubungan itu, Nadeera menasihati orang ramai agar tidak terpedaya dengan kenyataan yang tidak sahih.
"Saya menggesa individu terbabit untuk berhenti memburukkan keadaan. Pihak kami juga sudah tidak mempunyai sebarang kaitan dengan individu ini sejak isu timbul.
"Saya mohon orang ramai tidak mudah percaya dengan kenyataan yang berniat jahat sebaliknya menyerahkan perkara ini kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
'Saya percaya isu yang timbul ini dibuat untuk merosakkan kerjaya seni saya. Walaubagaimanapun, saya percaya dugaan ini akan terus menguatkan hubungan baik antara saya dan Zizi," tambahnya.