Pelakon dan penyanyi, Nazim Othman meluahkan rasa terkilan apabila minatnya dalam dunia nyanyian sering menerima kritikan daripada orang ramai.

Nazim, 35, berkata, barangkali suara yang dimiliki bukanlah untuk dikomersialkan sebagai seorang penyanyi.

"Apa petua nak kasi suara merdu ek? Penatlah asyik kena kecam je... tapi saya suka nyanyi. Mungkin saya cuma boleh nyanyi masa mandi je kot? Eh? Tolong saya @erniezakri tolong..tolong," tulisnya menerusi satu entri di Instagram.

Bekas peserta program realiti nyanyian, Gempak Superstar itu turut memuat naik video dirinya menyanyikan lagu All I Ask nyanyian asal Adele.

Apa petua nak kasi suara merdu ek? Penat la asyik kena kecam je... tapi I suka nyanyi. Mungkin I cuma boleh nyanyi masa shower je kot? Eh? ??? Help me @erniezakri help help ?

A post shared by nazimothman (@nazimothman) on



Perkongsian luahan Nazim itu kemudian mendapat maklum balas daripada penyanyi Ernie Zakri yang memberikan sokongan kepadanya untuk terus menyanyi.

"Tak lah! Kalau anda suka menyanyi, jangan berhenti. Anda akan perolehi apa yang anda inginkan. Atau pun, masuklah kelas vokal saya, jom..hehehes," tulis Ernie.

Bahkan Nazim juga turut mendapat galakan daripada pengikutnya termasuklah rakan artis lain untuk tidak mengendahkan kata-kata negatif yang diterimanya.

"Siapa cakap tak sedap???!!!! Sedap yang penting top 5 #GempakSuperstar," komen pelakon Sherry Ibrahim.

Nazim pernah mempunyai single berjudul Cerita Kita dan Kerana Cinta, namun, namanya lebih menyerlah dalam dunia lakonan.