Berita
“Penatlah Handle Budak Nakal…”- Tasha Manshahar Dedah Pernah Mengeluh Dengan Kerjaya Guru, Tapi…
Penyanyi Tasha Manshahar dedah pernah mengeluh dengan pekerjaannya sebagai guru.
Menurut Tasha dia penat melayan kerenah pelajar dan dalam masa yang sama perlu menjalankan tugas sebagai seorang ibu.
“Ada satu masa saya mengeluh penatnya jadi cikgu. Penatlah mengajar. Penatlah handle budak nakal.
Penatlah tanda buku. Penatlah buat ringkasan. Kena pam susu in between classes lagi. Penatlah,” tulisnya.
Tasha meluahkan perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Namun Tasha berkata dia akhirnya menyedari tiada pekerjaan yang mudah sebaliknya dia perlu bersyukur.
“Tapi bila fikir balik, bukan saya sahaja yang penat. Semua orang penat. Setiap pekerjaan ada cabaran tersendiri.
“Malah suri rumah lagi penat! Semua orang penat. Bezanya kita syukur atau tidak dengan nikmat penat tu,” katanya lagi.
Tasha Manshahar mendirikan rumah tangga dengan Raqib pada 8 September 2018 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata Muamar Rafiqi pada Jun tahun lalu.