Baru-baru ini, tular beberapa keping gambar memaparkan seorang lelaki yang menjual ubat-ubatan di satu kawasan di Sabah.

Foto-foto berkenaan dimuat naik oleh satu laman Facebook ‘Orang Kita Sabah Sarawak’ dan sehingga kini, ia telah dikongsi lebih 1,200 kali.

Menariknya tentang gambar terbabit, kebanyakkan ubat berkenaan dijual pada harga yang terlampau tinggi.

Antara dijual termasuklah ubat yang dikatakan merawat masalah buah pinggang dengan harga RM1,350 serta penawar demam denggi yang menelan kos sebanyak RM1,500.

Paling mahal adalah ubat yang didakwa menjadi penawar HIV dijual pada harga RM35,000!

Melihat pada harga yang terlampau tinggi ini, pengguna dinasihatkan supaya mendapatkan nasihat doktor kerana ia mungkin memudaratkan kesihatan sekiranya pengguna mengambil ubat yang tidak mempunyai kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ini.

Perlu diingatkan juga, sesetengah penyakit dilarang sama sekali untuk tujuan pengiklanan.

Antara penyakit tersenarai adalah penyakit buah pinggang, jantung, kencing manis, sawan, lumpuh, batuk kering, kusta, barah, kemandulan dan banyak lagi.

Anda boleh lihat senarai penuhnya di bawah: