Hiburan

Penceraian Song Song Couple, Bapa Song Joong Ki Salahkan Diri Sendiri

gempak
Mya Amri
10/07/2019
09:39 MYT
Sponsor Banner
Penceraian Song Song Couple, Bapa Song Joong Ki Salahkan Diri Sendiri
Bapa aktor terkenal Korea Song Joong Ki, Song Yong Gak akhirnya bersuara selepas berita penceraian anaknya dengan aktres Song Hye Kyo menjadi perhatian seluruh dunia.
Menurut laporan media, Yong Gak telah menghantar kiriman mesej kepada rakannya selepas lapan hari berita penceraian anaknya dilaporkan.
Menerusi mesej tersebut, Yong Gak telah memohon maaf mengenai penceraian tersebut selain menyalahkan dirinya dan juga Joong Ki.
“Saya mohon maaf dengan berita buruk yang sudah pasti mengejutkan anda semua. Nampaknya keadaan yang berlaku adalah disebabkan kekurangan yang ada pada saya dan juga Joong Ki.
“Bagaimanapun, kami akan memastikan segalanya berakhir dengan cara yang baik,” tulisnya.
Terdahulu, selepas mengetahui berita penceraian pasangan itu, Yong Gak enggan mengangkat atau menjawab sebarang panggilan telefon mahupun meninggalkan rumahnya.
Yong Gak sememangnya terkenal sebagai seorang bapa mentua yang baik dan sangat menyayangi menantunya.
Song Joong Ki telah memfailkan penceraian terhadap Song Hye Kyo pada 27 Jun lalu dan berita itu ternyata mengejutkan peminat mereka di seluruh dunia.
Pasangan yang dikenali sebagai Song Song Couple ini telah berkahwin pada 31 Oktober 2017.
BACA: “Maaf, Saya Dah Buat Keputusan Untuk Bercerai Dengan Song Hye Kyo” - Song Joong Ki
Sumber: Koreaboo
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live