Pencuri Menyamar Pelanggan Masuk Kafe, Min Yasmin Syukur Tak Berlaku Perkara Buruk
Fiza Kamarudin
03/03/2022 07:21 MYT
03/03/2022 07:21 MYT
Penyanyi Min Yasmin mengucapkan rasa syukur selepas terselamat daripada perkara tidak diingini berlaku di kafe miliknya dan suami pagi tadi.
Min ketika dihubungi Gempak berkata, dia dan suami, komposer Jul Fekar kini berada di Sabah atas urusan kerja dan perniagaan, selain pulang ke kampung halaman.
Katanya, beberapa hari ini dia dan suami sempat meluangkan masa di premis perniagaan mereka, ‘Nasi Lemak BRO JUL Little Cafe’ di Kota Kinabalu.
Min berkata, setiap hari urusan di kafe berjalan lancar sehinggalah pagi tadi seorang pencuri menyamar sebagai pelanggan masuk ke kedai.

"Saya mula berasa tidak sedap hati selepas dia masuk kerana kuat bau alkohol. Dia memakai jaket, berkaca mata hitam. Nampak macam pelanggan biasa saja.
“Penyamar tersebut cuba mencuri i-pad milik kafe yang diletakkan di atas kaunter. Saya yang terkejut dengan tindakannya itu sempat rebut kembali peranti tersebut.
“Mujur dia tidak ada senjata tajam, kalau tidak tak tahulah apa yang akan berlaku. Kejadian berlaku ketika suami keluar untuk membelikan saya roti canai,” katanya.
Berikutan itu Min bercadang untuk membuat laporan polis dalam masa terdekat.
“Saya ada terfikir untuk membuat laporan polis untuk keselamatan kami. Bimbang jika dia kembali.
“Hari ini kami terselamat, Alhamdulillah. Esok lusa kita tak tahu. Lagi pun laporan dibuat sebagai peringatan kepada diri sendiri dan orang lain juga.
“Zaman sekarang ini ramai orang terdesak dan akan melakukan apa sahaja demi mendapatkan wang,” katanya.